jump to navigation

Radio Blog – HowTo March 17, 2006

Posted by Dimenxion in Karutan.
trackback

ramai orang tanya kat aku macam mana nak buat radio blog. jenuh jugak aku ajar. tapi ramai yang tak lepas. mungkin agak kurang pehamaman kot. ke aku yang tak reti ajar? hohohohoho… jadik ada yang mintak tolong buatkan guide tahap newbie. sebab aku takda masa sangat tu pasal aku tertangguh. jadik ada masa neh.. (curi masa keje) aku buat la.. muahahahaha… okes kita mula…

1. mula mula sila la download dulu radio blog tuh ek. kalau tak download macam mana nak buat kan? oleh itu sila ke http://www.radioblogclub.com. dan download radio blog dalam bentuk .zip files.

2. Kemudian, unzip file tersebut ke mana mana yang korang rasa mudah la… kalau rasa dalam system32 mudah, unzip kat situ. kalau rasa kat desktop senang, unzip kat desktop. Selepas dah unzip korang akan nampak satu folder nama “radio.blog.2.5”. buka folder tersebut dan korang akan nampak ada 2 folder lagi. buka folder “creat.sound”. kemudian copy file berformat .mp3 ke dalam folder tersebut.

3. selepas copy, double click file “convert32_xp.bat” (jika menggunakan win xp ke atas. jika win 2K dan 98, sila klik “convert32.bat”). kemudian satu popup menunjukkan progress file yang di convert. seperti di bawah

4. Setelah selesai semua conversion. buka folder “sounds”. anda akan nampak semua file yang telah diconvert, berada di dalam folder tersebut. copy semua file yang telah di convert itu. kemudian pergi ke main directory folder “radio.blog.2.5”. anda akan nampak folder radio.blog. buka folder tersebut dan di dalamnya ada satu lagi folder bernama “sounds”. buka folder tu dan paste lagu yang telah diconvert ke dalam folder tersebut.

5. selepas selesai semuanya. pergi kembali ke main directory. kemudian upload folder “radio.blog” (boleh jugak rename sesedap rasa). taktau nak upload? aaa.. pergi carik sendiri… aku cuma boleh cadangkan korang upload ke hosting time. http://www.time.net.my …. sebab apa? sebab untuk radio blog, korang kene upload ke hosting yang SUPPORT PHP. dan untuk itu, hosting time memenuhi kriteria yang diperlukan, besides korang kene upload pakai ftp (windows explorer pun bleh, takyah download client). pastikan masa upload, kene upload satu folder. jgn upload satu satu…

6. selepas selesai upload. bukak browser dan taip address radio blog engkorang. macam aku, address dia http://www.centinix.com/radio/index.php … kalau semua nya betul, ikut guide aku nih… korang akan dapat cam kat bawah…

pastu.. enjoy la radio blog korang… okes…

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: