jump to navigation

raya raya… October 9, 2006

Posted by Dimenxion in Karutan.
trackback

Raya dah nak dekat. eh… betui la tu. masa aku taip nih, jam kat pc nih dah bertarikh 10/10/06. dalam 2 minggu lagik. sedar tak sedar dah 2 minggu pun puasa. alhamdulillah, puasa kali nih berjalan dengan baik. di samping kesibukan kerja dan jadual kerja yang cenggini gayanya, kejap je aku rasa dah dua minggu. sejak awal bulan aku keje malam je manjang, dan tetiap pagi dialog kat bawah nih mesti muncul. hahaha…

tahun ni aku rasa raya macam menarik je. awal awal dah apply cuti, pasal nak arrange schedule. dah siap siap duit raya utk sepupu aku yang cenonet semua, dan lelain lagik la. mebi sebab kerja baru, banyak mende baru, rezeki bertambah (alhamdulillah) cuma awek je takda.. kehkehkeh… haha… jgn ada yang nak pancing pancing aku satgi. aku jentik dahi korang nantik…

tahun nih rasanya aku balik kampung solo. pasal adik aku mebi balik awal, mak ayah aku balik pakai keta lain (keta baru, alhamdulillah lagik), aku cam besa.. pakai keta sendirik. bukannya apa. kalau aku naik ngan mak ayah aku, agak terbatas skit pergerakan aku dan tentera tentera aku kat kampung merangkap sepupu sepupu aku. asal balik je konpem ada je tempat nak serbu. paling suka pergi dekat kedai jual ABC. dok melangut, mengarut, merepek 4-5 orang kat situ. dah kenyang air batu, pusing pusing bandar 2-3 round, cabut balik umah. dahtu kalau aku naik keta orang mmg susah skit le nak menginvisiblekan dirik sendiri dan tentera tentera cabuk aku. kahkahkahkahk….. satu lagik, pi beraya konpem keta aku keta paling meriah. pasal semua muda muda (termasuk aku le tuh, tapi aku dalam kategori paling tua. ala.. aku pun baru je 24) dan paling cacamarba sekalik.

lama jugak cuti. ada la dalam 7 hari kot. bole lepak lama skit kat kampung sambil mandi air terjun kat pulau chekas (pulau chekas nih kat raub, aku kat lipis). pernah gi mandi sekali je dgn sepupu sepupu aku. tapi time tuh tak ramai orang. ha’ah mmg iye tak ramai pasal kitorang gi ari selasa. mana nak ramai. orang gi keje kitorang gi mandi air terjun.

tahun nih ada sikit kekurangan, pasal arwah atuk aku dah takda. dah 8 bulan meninggal. agak kurang meriah skit la. kalau sebelum nih masa sembahyang raya mmg arwah atuk aku jadi imam, tapi tahun nih dah orang lain. al-fatihah utk arwah atuk aku.

mak aku kata aku dah kurus skit. ekk.. aku tak pasan pun. tapi iye la kot pasal seluar aku rasa macam besar skit aa plak. mungkin sebab kurang makan dan jugak tak cukup tido. tido sehari 2-3 jam je camne nak layan. kekadang pening pening pun ada gak.

mende lagik aku nak update nih. panjang pulak aku naip. dah time nih je aku pree kat opis. dah balik umah kang banyak mende lain lak nak buat. lagipun dah agak lama jugak aku tak update.

tu je la kot…
assalamualaikum. selamat berpuasa dan berhari raya…

Advertisements

Comments»

1. Akram - October 11, 2006

cam kenai je gambo tu, kwang3! haha, sama la kita yg keje shift ni, kui!

2. Dimenxion - October 12, 2006

uit…. kat mana yek aku jumpa gambo tuh.. aku tak ingat la plak…

3. cikin - October 12, 2006

cuti seminggu ekk..samer la kiter… tp aku cuti unpaid leave…waaaa!!!!!!!!!

4. Akram - October 12, 2006

haha, gamba tu aku pun cilok mana ntah kui! πŸ˜›

5. Dimenxion - October 12, 2006

cikin.. budak baru keje mmg la camtu.. kehkehkeh… πŸ˜›

6. Dimenxion - October 12, 2006

akram… ko pun tukang kebas cam aku gak… hahaha.. takpe. nanti kita mintak maap le pas raya… hohoho…!! πŸ˜›


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: