jump to navigation

Masa Dolu Dolu… March 9, 2007

Posted by Dimenxion in Karutan.
trackback

bila aku dok sorang sorang aku cuba mengingati apa perkara yang selalu aku lakukan masa aku kecik kecik. permainan yang aku main, tempat yang selalu aku main dan ______________ (sila isi tempat kosong. pastikan jawapan korang tu yang elok elok ye..) setakat yang aku ingat la… rumah aku lot tepi, jadi ada la tanam pokok yang besar besar cam pokok mangga. keje aku masa tu dok panjat pokok tuh sampai ke dahan tinggi. pastu dengan skill pertukangan budak mentah, aku buat pangkin dekat pokok tuh… tapi takda la besar pun.. kecik la bule muat aku duduk. tetiap hari musti lepak kat pokok tuh… macam tarzan pun ada.. cuma aku tak pakai cawat kulit je.

selain dari tu disebabkan keadaan kawasan rumah aku yang banyak pokok, boleh plak aku buat ala ala jungle trekking dalam kawasan umah aku. peh… rumah aku dulu ada kolam ikan, tapi ikannya tak nampak sebab gelap…

selain tu aku selalu jugak lumba haram. ehh.. lumba basikal haram. pusing taman la juga, umpama mat rempit gayanya. makcik makcik yang tengok geleng pale. dah abis lumba main kejar kejar ngan basikal plak.. yang tuh siap nak kene langgar lagik. tapi bukan aku la.. kawan aku…

penah jugak main pistol buah ceri, tapi perangnya asik tak jadi pasal tak cukup infantri dgn senjata.. kesudahannya lepak bawah poko ceri je la ngkorang..

tapi kebanyakkan masanya aku memang main bola aje la… sejak umur aku 8 tahun aku dah main bola. selepas aku kenal bola, kebanyakkan masa aku abis kat padang bola. sampai mak aku penah ngamuk aku lambat balik.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: