jump to navigation

Bekas Menteri Raba Punggung Wanita April 23, 2008

Posted by Dimenxion in Internet, News, Politics.
trackback

Oleh Mohd Sayuti Omar

23 Apr | 7.20am

BERITA TV3 malam tadi melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an. Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.

Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ia tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.

Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ia nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.

Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisan/kewartawanan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada Timbalan Perdana Menteri, (Dato’ Seri) Mohd Najib Razak.

Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.

Menurut laporan berita TV3 malam tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.

Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport, polis terus mencekupnya dan dibawa ke balai polis.

p/s: hai lahhhh bekas pak menteri. agaknya beliau kecewa tak dilantik semula. tu yang duk teguk arak dgn raba pompuan…. sapa bleh teka sapa bekas menteri tuh?

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s